| | Sekian lama dah aku tidak memblog. Memang benar ini berpunca dari masa yang perlu dibahagikan kepada buku-buku saya Demi mendapat gred yang sederhana dalam Tahun pertama kursus Farmasi ini yang begitu menyeksakan. Aku tidak mengharapkan apa-apa. Hanya moga tidak menyesal belajar setiap pagi sampai malam Duduk atas kerusi yang sama setiap hari sampai tulang belakang hampir patah Namun saya tiada pilihan..jikalau mahu terus tinggal di Singapura, aku perlu menjadi seperti yang lain, perlu terus menjadi kompetitif tidak kira betapa susahnya kehidupan sebegini.. Saya tidak tahu betapa susahnya menulis blog dalam Bahasa Melayu sampai kini..sudah sekian lama aku tidak menulis, bertutur serta membaca dalam BM. Blog ini membuktikan kesan katara akibat penyisihan BM selama 3 tahun, menunjukkan kemerosotan bahasa saya dalam segi kefasihan yang masih ada semasa dalam sekolah menengah. Aduhai, kini bukan saya BM saya semakin merosot, bahasa Inggeris saya juga tidak sebaik manapun, apatah lagi Bahasa Cina saya yang semakin hari semakin penting dalam dunia global ini. Entah mengapa tiba-tiba saya berasa seolah-olah sedang bermimpi. Dalam beberapa tahun yang tidak pernah saya belajar tentang Ekonomi, kini saya dipaksa belajar dua module ekonomi dalam masa 4 bulan!! Ini memang gila..tapi apatah daya saya? Tidak, saya perlu positif..perlu beritahu naluri dalam diri bahawa ini demi kebaikan diri..menimba ilmu pengetahuan am adalah sesuatu yang berguna.. Cis, amat seksa memblog dalam BM.. tak peduli lah nak pergi ni.. semoga berjaya dalam peperiksaan ~ =) |
| | Posted 4/18/2007 12:11 PM - 60 Views - 0 eProps - 0 comments
- recommend
    - recs0
- share
- email
 - sent0
Give eProps or Post a Comment |